PENGUMUMAN UNTUK MAKLUMAN SEGERA

Salam.

Buat semua lelaki Toyama berbahasa Melayu,

Disebabkan hanya 3 orang sahaja lelaki Toyama yang tidak dapat luangkan masa disebabkan hal kecemasan, dan 4 orang ada program pada 25hb Disember 2009, maka selebihnya yang tidak menyatakan apa-apa halangan, automatik tersenarai sebagai "man power" untuk Mega Trip ke masjid-masjid seluruh jepun pada 2 Jumaat (25 Dis 2009 & 1hb Jan 2010) dalam Fuyu Yasumi.

Kesemua lelaki Toyama tersebut dikehendaki menulis nama mereka pada kertas yang disediakan di Mosalla, sama ada mereka bersedia luangkan masa pada 25hb Dis 2009 atau 1hb Jan 2009 atau kedua-duanya sekali.

Nama akan dikutip sehingga tamat Solat Jumaat pada 27hb November 2009, jika nama tidak ada dalam senarai, maka automatik diklasifikasikan sebagai bersedia pada dua-dua Jumaat (25 Dis 2009 & 1hb Jan 2009). Nama-nama tersebut akhirnya akan dibentukkan kumpulan dan lokasi masjid yang akan dilawati akan ditentukan pada Mesyuarat Mingguan Projek Masjid pada malamnya 27hb November 2009 tersebut.

Sesiapa yang tidak dapat hadir ke Mosalla untuk menulis nama, boleh hubungi aku di talian YM dengan id aku: mfakhrulrazi

sekian.

0 komentar: